EN |
      

PUCM minat tingkat kerjasama dengan media tempatan

Previous 70 / 170 Next

PUCM minat tingkat kerjasama dengan media tempatan M'sia News


KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Usahawan China di Malaysia (PUCM) amat berminat untuk meningkatkan lagi perhubungan dengan media arus perdana bagi mempromosi aktiviti perniagaannya dan mengetengahkan sumbangannya kepada masyarakat.

 
 
Presidennya Datuk Keith Li berkata PCUM telah banyak menyumbang kepada komuniti, mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan pelaburan di sini.
 
“Banyak syarikat-syarikat China memilih untuk mewujudkan perhubungan dengan media Cina tempatan, tapi kami juga ingin melibatkan pembabitan media arus perdana seperti Bernama, dalam mengetengahkan sumbangan kami kepada masyarakat dan negara,” katanya selepas mengunjungi Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Nurini Kassim di Wisma Bernama di sini hari ini.

 
 
Turut hadir ialah Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.
 
Li seterusnya memuji perkhidmatan berita pelbagai bahasa yang disediakan Bernama, yang termasuk bahasa Mandarin, yang membolehkan ia mencapai sasaran penonton yang lebih luas.
 
-- BERNAMA
 
Please leave your enquiry here, we will reply as soon as possible.
Name*  
Company Name  
Product Interested  
Quantity  
Email*  
Contact No.*  
Messages*  
   

Switch to Mobile Version
available in